اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Sunday, October 25, 2009

Latar Belakang Negeri Sembilan















Negeri Sembilan ialah salah sebuah negeri yang indah permai di Wilayah Tengah Semenanjung Malaysia.Negeri Sembilan bersempadankan negeri Selangor di sebelah utara, Pahang di sebelah timur, Johor dan Melaka di sebelah selatan. Keluasan Negeri Sembilan ialah 6,645 km persegi atau 664,591 hektar dan panjang pantainya 43 km. Kedudukan gunatanah di Negeri Sembilan mengikut pengkelasan yang dipengaruhi oleh bentuk permukaan bumi dan kegiatan ekonomi seperti pertanian, hutan simpan, perumahan, perindustrian, perlombongan dan tanah kerajaan.

Mengenai bentuk rupabumi 25 % dikategorikan sebagai kawasan tanah tinggi (1700 kaki dari paras laut) dan 75 % tanah rendah.

Penduduk Negeri Sembilan sehingga tahun 1993 ialah seramai 718,366 orang dan gunatenaga ialah 4%.

Seorang Menteri Besar dilantik oleh Paduka Seri Tuanku Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan untuk menjadi ketua pentadbiran, dan beliau menjadi salah seorang daripada ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Di Negeri Sembilan mempunyai suatu sistem yang unik. Ia mempunyai Luak yang diketuai oleh Datuk Undang. Luak-luak ini adalah Luak Sungai Ujong, Luak Rembau, Luak Johol, Luak Jelebu dan Luak Tampin. Luak Tampin tidak diketuai oleh Datuk Undang, sebaliknya ia diketuai oleh Tunku Besar. Sistem Pemerintahan Negeri Sembilan diketuai oleh Yam Tuan Besar. Perlantikan Yam Tuan Besar ini adalah dari persetujuan Datuk Undang dan Tunku Besar yang mempunyai kuasa penuh dalam melantik Yam Tuan Besar Negeri Sembilan

Negeri Sembilan dibahagikan kepada 6 daerah pentadbiran, yang diketuai oleh seorang Pegawai Daerah iaitu di Seremban, Kuala Pilah, Jempol, Jelebu, Rembau, Port Dickson dan Tampin.

2 comments: