اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
Thursday, November 5, 2009
Skuad Hoben Jang Hoben
Pemain muda mahu mengganas
Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
utusanN9@utusan.com.my
GABUNGAN pemain muda dan senior Negeri Sembilan oleh Wan Jamak Wan Hassan berjaya memberikan impak sehingga membolehkan mereka berada di final Piala Malaysia bertemu Kelantan Sabtu ini. - UTUSAN/Abd. Razak Aid
--------------------------------------------------------------------------------
SEREMBAN - Strategi Wan Jamak Wan Hasan untuk mempertaruhkan kemampuan pemain mudanya ternyata berkesan dan mampu menjadikan skuad Negeri Sembilan sebagai salah satu pasukan yang harus digeruni dalam arena bola sepak tanah air.
Ini kerana, skuad kendalian Wan Jamak Wan Hassan itu rata-rata dibarisi oleh pemain-pemain muda yang berusia dalam lingkungan 23 tahun ke bawah.
Tetapi faktor tersebut sedikit pun tidak menggugat skuad Rusa untuk mengganas di medan final Piala Malaysia menentang Kelantan di Stadium Nasional Bukit Jalil Sabtu ini.
Lebih meyakinkan, kehadiran beberapa pemain sayap muda seperti S, Kunalan, 22 dan Shahurain Abu Samah, 22 dalam skuad Hoben Jang Hoben ini bakal membuatkan penyokong skuad Kijang tidak senang duduk pada pertembungan itu nanti.
Kelibat kedua-dua pemain sayap yang lincah itu perlu diberi perhatian kerana mereka bakal diturunkan dengan semangat berkobar-kobar demi menghancurkan harapan Kelantan dalam membawa pulang piala rebutan itu kembali ke negeri 'Cik Siti Wan Kembang'.
Menurut, S. Kunalan, beliau sudah bersedia untuk melaksanakan tanggungjawab dan kepercayaan yang diberikan oleh Wan Jamak bagi mengkucar-kacirkan barisan pertahanan 'Wira Merah' Sabtu ini.
''Walaupun ini merupakan kali pertama saya beraksi dalam final Piala Malaysia. Tetapi saya berjanji akan memberikan yang terbaik dalam memastikan kemenangan menyebelahi Negeri Sembilan," kata beliau ketika ditemui Utusan Malaysia.
Dalam pada itu, Kunalan yang sudah dikenali dengan larian pantasnya itu juga memberitahu, beliau akan cuba sedaya upaya untuk mencipta lebih banyak peluang bagi penyerang mencipta jaringan pada perlawanan akhir itu nanti.
Sementara itu, pemain sayap kanan Negeri Sembilan, Shahurain berkata, beliau amat teruja dan bersyukur kerana diberikan peluang untuk turun beraksi sepanjang Piala Malaysia edisi 2009.
''Jurulatih telah memberi kepercayaan kepada saya dan sudah pasti saya akan memberikan yang terbaik sekiranya diturunkan dalam kesebelasan utama nanti.
''Saya akan pastikan kepercayaan yang diberikan ini tidak akan dipersia-siakan untuk menjulang nama baik Negeri Sembilan dengan bermain bermati-matian," jelas beliau.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment