اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
Sunday, October 25, 2009
Sekolah Ku..(1981~1982)
Sejarah Penubuhan TMS
Penubuhan Sekolah Tuanku Muhammad bermula dengan kelas Bahasa Inggeris yang telah dibuka oleh Encik Pyne, seorang kerani. Kelas ini bertempat di sebuah bangunan lama berhampiran dengan Bangunan Union iaitu Bangunan Syarikat Bas United pada masa ini. Pada tahun 1908, Kuala Pilah English School telah dibuka sebagai sebuah sekolah persendirian. Sekolah ini bertempat di Bangunan Mahkamah di Pejabat Daerah Lama. Kuala Pilah English School ini telah dibiayai oleh seorang dermawan tempatan iaitu mendiang En. Tung Yen. Guru besarnya ketika itu ialah Mr. De Witt.
Pada tahun 1914, Government English School telah dibuka. Guru besarnya yang pertama ialah Mr. J. W. Moore. Semasa dibuka, pelajar-pelajarnya ialah seramai 21 orang dan sehingga akhir tahun tersebut pelajar-pelajarnya telah meningkat kepada 51 orang. Adalah dipercayai bangunan Government English School ini pernah didiami oleh Martin Lister.
Pada tahun 1918, bangunan baru telah pun siap dibina. Bangunan itu ialah Sekolah Kebangsaan Kuala Pilah yang kini diduduki oleh Pejabat Pendidikan Daerah KPJJ. Pelajar-pelajarnya berpindah ke bangunan baru ini. Guru besarnya ialah En. Nonis. Sekolah ini terus berkembang dan pada tahun 1924, pelajar-pelajarnya telah meningkat kepada 200 orang dengan 6 orang guru. Pada tahun itu juga, pelajar-pelajar sekolah ini telah ditawarkan untuk mengambil Peperiksaan Junior Cambridge.
Pada tahun 1929, bilangan pelajar telah meningkat kepada 331. Pertambahan bilangan pelajar inilah yang membawa kepada pembinaan Sekolah Tuanku Muhammad yang ada sekarang ini. Tapak bangunan baru ini telah dicadangkan oleh En. Gordon Hall. Dengan itu, terbinalah Sekolah Tuanku Muhammad pada tahun 1930 yang dapat menampung 300 orang pelajar dengan kos binaannya kia-kira $105,995.00.
Selepas kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Tuanku Muhammad pada tahun1933, Givernment English School ini ditukar namanya kepada Tuanku Muhammad School bagi memperingati Al-Marhum. Bangunan asrama putera pula telah dibina pada tahun 1938 dan dapat menempatkan kira-kira 26 orang penghuni
Lanjut Layari:
http://www.geocities.com/tmskpns/index.html
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment